Assalamualaikum...
Ingin saya kongsikan sedikit tentang mengenai lagenda cinta teragung hasil pembacaan saya dari sebuah buku..
Teman..
Bersyukur kepada ALLAH SWT kerana pada hari ini kita sekali lagi diberi nafas untuk bernyawa,diberi mata untuk melihat,diberi akal untuk berfikir, diberi islam untuk dihayati,diberi iman untuk ditambah,diberi takwa untuk dicari..Semuanya diberi dengan percuma..Itulah ALLAH Yang Maha Pemurah , yang amat mencintai diri ini,Tanyakan pada dirimu,sudahkah cinta-Nya berbalas?Sahabatku,ALLAH SWT sentiasa memghembuskan kasihdan cinta-Nya terhadapmu .. Setiap apa saja perlakuanmu,dikau diingatkan agar mengiringinya deengan aura cnta ALLAH SWT ..Apakah aura cinta ALLAH SWT itu??
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..."Dengan nama ALLAH Yang MAha Pengasih Lagi Maha Penyayang...."
Itulah kasih sayang ALLAh yang sering engkau lupakan..Teman pernah dikau berbicara tentang cinta yang cukup agung ? Sekarang Akan aku persembahkan padamu sebuah Lagenda CInta teragung..Kasih saripada ALLAH SWT ,tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada awal tiada penghujung ..Hebatnya kasih ALLAH SWT hinggap sanggup membelamu di hadapan malaikat mempersoalkan kewibawaan manusia mentadbir dunia dahulu ..Tahukah dikau,ALLAH SWT menghalau iblis dari syurga kerana iblis menghina manusia??
Sewaktu dikau dilahirkan ke dunia, ayahmu mengazankan di telinga..Apakah...lafzul jalalah inilah yang menjadi hebat cinta kasih-Nya.Dikau pun membesar sedikit demi sedikit .Dirimu hanya menangis kerana lapar ,tidak tahu meminta,ALLAH SWT yang mengerakkan hati ibumu untuk memberimu makan .Dikau belajar berjalan dan jatuh kakimu begitu lemah.Lalu ALLAH SWT mengarahkan kakimu agar mampu melangkah.
Pada usia kecilmu, ALLAH SWT menghiburkan dirimu dengan hadiah-hadiah pemberian manusia..Sesiapa sahaa yang melihatmu pasti akan berasa kasih .Dikau pun bebas bermain .Dikau luka ,ALLAH lah yang pertama ubatkan. Kulitmu tercalar teruk ALLAH SWT yang membalutkannya dengan kupin-kupin ubat yang sering dikau hina, ALLAH SWT hanya senyum padamu ,lantas menghadiahkanmu dengan kulit yang baru..Apabila sakit itu masih terasa ALLAH SWT tidak pernah berhenti memberi pandangan mesra penuh kasih sayang kepadamu , sedang dikau sedang memaki hamun penyakitmu itu.Pada masa yang sama ALLAH mengarahkan malaikat menghapuskan dosa-dosamu.
Apabila malam dikau bermimipi yang bukan-bukan ALLAH SWT memujukmu Kata-NYA itu semua hanyalah mainan syaitan. Dikau pun terus tidur lena dipangkuan-NYA.Padahal masa itu ALLAH SWT menunggu kalau-kalau dikau ingin memohon ampun.Namun dikau terus lena. Paginya pula, ALLAH SWT kejutkan dikau subuh,mengapa??kerana mahu memberimu pahala,pahala Subuh yang besar ganjarannya..Dikau pula menekup telinga dengan bantal ,lena semula.. ALLAH SWT masih kejutkan dirimu,mengapa???Kerana ALLAH SWT tidak mahu dikau lewat ke sekolah ataupun tempat kerja,nanti dimarahi manusia lain..ALLAH SWT tidak mahu dikau dimarahi lalu dikau terjaga ..Pernah terfikir ,bagaimana dengan orang yang mati didalam lena?Dikau membuka mata .Pernah terfikir, bagaimana dengan orang yang buta?lalu dikau bangun dari tempat tidur .Pernah terfikir ,bagaimana nasib orang yang lumpuh ??dikau pun bangun berjalan menuju ke bilik air .. Pernah terfikir bagaimana orang yang kudung kakinya??selepas mandi, dikau menikmati sarapan..Bagaimana dengan orang miskin yang langsung tiada makanan???
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBuku bertanya tentang tuhan ni.. bagus2
ReplyDelete