What is HCI

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit mengenai HCI ataupun human computer interaction.

Human–computer interaction (HCI) involves the study, planning, design and uses of the interaction between people (users) and computers. It is often regarded as the intersection of computer sciencebehavioral sciences, design and several other fields of study. The term was popularized by Card, Moran, and Newell in their seminal 1983 book, The Psychology of Human-Computer Interaction, although the authors first used the term in 1980,[1] and the first known use was in 1975.[2] The term connotes that, unlike other tools with only limited uses (such as a hammer, useful for driving nails, but not much else), a computer has many affordances for use and this takes place in an open-ended dialog between the user and the computer.
Because human–computer interaction studies a human and a machine in conjunction, it draws from supporting knowledge on both the machine and the human side. On the machine side, techniques in computer graphicsoperating systems,programming languages, and development environments are relevant. On the human side, communication theory, graphic and industrial design disciplines, linguisticssocial sciencescognitive psychologysocial psychology, and human factors such as computer user satisfaction are relevant. Engineering and design methods are also relevant. Due to the multidisciplinary nature of HCI, people with different backgrounds contribute to its success. HCI is also sometimes referred to as human–machine interaction (HMI), man–machine interaction (MMI) or computer–human interaction (CHI).
Poorly designed human-machine interfaces can lead to many unexpected problems. A classic example of this is the Three Mile Island accident, a nuclear meltdown accident, where investigations concluded that the design of the human–machine interface was at least partially responsible for the disaster.[3][4][5] Similarly, accidents in aviation have resulted from manufacturers' decisions to use non-standard flight instrument or throttle quadrant layouts: even though the new designs were proposed to be superior in regards to basic human–machine interaction, pilots had already ingrained the "standard" layout and thus the conceptually good idea actually had undesirable results.

Video using power director..

Assalamualaikum dan selamat petang..

Disebabkan saya disuruh oleh hana sensei untuk buat video mengenai peralatan dapur dalam bahasa jepun..
so disini saya nak sharekan lah cara buat video guna power director..



Game salad tutorial

assalamualaikum dan selamat malam..

Hari ini nak kongsi sedikit cara macam mana nak reka game guna game salad

.

Lagenda Cinta Teragung

Assalamualaikum...

Ingin saya kongsikan sedikit tentang mengenai lagenda cinta teragung hasil pembacaan saya dari sebuah buku..

Teman..

Bersyukur kepada ALLAH SWT kerana pada hari ini kita sekali lagi diberi nafas untuk bernyawa,diberi mata untuk melihat,diberi akal untuk berfikir, diberi islam untuk dihayati,diberi iman untuk ditambah,diberi takwa untuk dicari..Semuanya diberi dengan percuma..Itulah ALLAH Yang Maha Pemurah , yang amat mencintai diri ini,Tanyakan pada dirimu,sudahkah cinta-Nya berbalas?Sahabatku,ALLAH SWT sentiasa memghembuskan kasihdan cinta-Nya terhadapmu .. Setiap apa saja perlakuanmu,dikau diingatkan agar mengiringinya deengan aura cnta ALLAH SWT ..Apakah aura cinta ALLAH SWT itu??
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..."Dengan nama ALLAH Yang MAha Pengasih Lagi Maha Penyayang...."

Itulah kasih sayang ALLAh yang sering engkau lupakan..Teman pernah dikau berbicara tentang cinta yang cukup agung ? Sekarang Akan aku persembahkan padamu sebuah Lagenda CInta teragung..Kasih saripada ALLAH SWT ,tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada awal tiada penghujung ..Hebatnya kasih ALLAH SWT hinggap sanggup membelamu di hadapan malaikat mempersoalkan kewibawaan manusia mentadbir dunia dahulu ..Tahukah dikau,ALLAH SWT menghalau iblis dari syurga kerana iblis menghina manusia??

Sewaktu dikau dilahirkan ke dunia, ayahmu mengazankan di telinga..Apakah...lafzul jalalah inilah yang menjadi hebat cinta kasih-Nya.Dikau pun membesar sedikit demi sedikit .Dirimu hanya menangis kerana lapar ,tidak tahu meminta,ALLAH SWT yang mengerakkan hati ibumu untuk memberimu makan .Dikau belajar berjalan dan jatuh kakimu begitu lemah.Lalu ALLAH SWT mengarahkan kakimu agar mampu melangkah.

Pada usia kecilmu, ALLAH SWT menghiburkan dirimu dengan hadiah-hadiah pemberian manusia..Sesiapa sahaa yang melihatmu pasti akan berasa kasih .Dikau pun bebas bermain .Dikau luka ,ALLAH lah yang pertama ubatkan. Kulitmu tercalar teruk ALLAH SWT yang membalutkannya dengan kupin-kupin ubat yang sering dikau hina, ALLAH SWT hanya senyum padamu ,lantas menghadiahkanmu dengan kulit yang baru..Apabila sakit itu masih terasa ALLAH SWT tidak pernah berhenti memberi pandangan mesra penuh kasih sayang kepadamu , sedang dikau sedang memaki hamun penyakitmu itu.Pada masa yang sama  ALLAH mengarahkan malaikat menghapuskan dosa-dosamu.

 Apabila malam dikau bermimipi yang bukan-bukan ALLAH SWT memujukmu  Kata-NYA itu semua hanyalah mainan syaitan. Dikau pun terus tidur lena dipangkuan-NYA.Padahal masa itu ALLAH SWT menunggu kalau-kalau dikau ingin memohon ampun.Namun dikau terus lena. Paginya pula, ALLAH SWT kejutkan dikau subuh,mengapa??kerana mahu memberimu pahala,pahala Subuh yang besar ganjarannya..Dikau pula menekup telinga dengan bantal ,lena semula.. ALLAH SWT masih kejutkan dirimu,mengapa???Kerana ALLAH SWT tidak mahu dikau lewat ke sekolah ataupun tempat kerja,nanti dimarahi manusia lain..ALLAH SWT tidak mahu dikau dimarahi lalu dikau terjaga ..Pernah terfikir ,bagaimana dengan orang yang mati didalam lena?Dikau membuka mata .Pernah terfikir, bagaimana dengan orang yang buta?lalu dikau bangun dari tempat tidur .Pernah terfikir ,bagaimana nasib orang yang lumpuh ??dikau pun bangun berjalan menuju ke bilik air .. Pernah terfikir bagaimana orang yang kudung kakinya??selepas mandi, dikau menikmati sarapan..Bagaimana dengan orang miskin yang langsung tiada makanan???

How to make game in adobe flash Cs3

Assalamualaikum and good evening ..



Hari ini saya akan share video macam mana nak buat game guna adobe flash cs3...
Diharapkan perkongsian ini akan membantu mereka2 yang nak belajar cara buat game..
ok ..sekian terima kasih..hahah

Anata To watAshi

Assalamualaikum and selamat malam.

Hari ini Jom Kita Belajar sedikit mengenai Bahasa JEpun..

Japanese language is written in four system such as Hiragana,Katakana,kanji(CHinese characters ) and Romanji(Roman)..

For Example






ok kita akan belajar cara untuk memperkenalkan diri dalam bahasa jepun pulak.


Hajimemashite mitsuki desu dozoo yoroshiku.

selain itu kita juga perlu tahu beberapa vocabulary bahasa jepun contohnya..

sumimasen - excuse me
nihonjin - orang jepun
hajimemashite -How do you do?(usually used as the first phrase when into oneself)
doozoyoroshiku - pleased to meet you.(usually used at the end of a self intro)
kochirakoso -nice to meet u
ee(=hai) -yes
iie - no
gakusei - student
soodesu - it is/it's so
soodesuka - i see / is that so
~san    - Mr., Ms. (title of respect added to a name)
~ka - is added to the end of sentence and used to express the speaker's no doubt , 20 question , and 3) uncertainty.


okay that all for today.This is all basic we must know when we learn about japanese language..


sayonara and ja mata..:)


Miss My parents.:'(

assalamualaikum and selamat tengahhari..
 
tiba2 je rasa rindu dgn mak abah dtg em..nak  menangis pun ada tapi xpela just doa bnyak2 semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang2 yang Beriman amin..so kita Sebagai seorang anak kita haruslah menghormati kedua ibu bapa sebab bila mereka dah tiada barulah kita akan merasa kehilangan mereka yang sebenarnya..em lagi satu 3 amalan yang tidak akan terputus pahalanya apabila anak adam itu meninggal ialah sedekah jariyah (wakaf) ,ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya..



Dan akhir sekali nak share video ni sebb suka dengar lagu ni berulang kali tpi video mcm xsesuai je. tp xpela yg penting nk dgr lagu bukan nk video dia..dan nak minta maaf juga  kepada sesiapa yang baca blog ni kalau korang rasa yang ayat2 aku dalam blog ni macam pelik skit..hahaha





Budak Tomato

First aku baca entri suka sangat sebab kiranya peringatan diri untuk aku juga dan kawan2 yg lain and aku siap copy lg letak kat dalam blog utk siapa2 yg baca blog aku ni..



Bismillah.

Jujur aku tak tahu nak mulakan macam mana entri kali ni.

Ini soal hati.

Directly cakap,

Dalam memburu solehah, ada kala dia lelah. Dia lemah, dia tersalah langkah. Dia tergelincir ke jurang ikhtilat yang dia sendiri tak sedar.

Dalam menggapai gelaran si musleh, syabab itu terjatuh. Sangkanya itu tak mengapa. Namun sebenarnya dia membenarkan syaitan menipu daya.

Member minta aku buat entri ni. Untuk tegur dia, untuk tegur orang yang dia sayang, untuk tegur aku, untuk tegur kita. Kadang kita leka dengan dunia.

Kita tahu, berubah ni step by step. Tapi kadang kita lupa, syaitan punya stail nak sesatkan manusia pun step by step.

Sedangkan syaitan ni dah hasut berjuta manusia dari zaman Nabi Adam, setakat kita yang iman tak kuat mana ni lagi senanglah kan diorang nak hasut. Lalu tanpa sedar, masing-masing tergelincir.

Aku tak kata tak boleh langsung berhubung dengan ajnabi. Tapi ada batas. Selagi belum nikah, selagi tu ada batas. Ingat?

Mula-mula berbual benda penting. Mesej bila ada urusan. Contact pun benda-benda yang ada kepentingan. Lama-lama, makin pelik konsep perbualan tu. Benteng batasan syariat tu macam pecah secara perlahan.

Akhirnya berbual bertanya khabar, benda-benda yang tak penting sangat sebenarnya. Sejam tak dapat mesej dari orang tu, hati dah mula resah. Rasa serba tak kena. Waktu tu kondisi iman mula yanqus, menurun. Lemah. Goyah. Tapi kita tak sedar. Kita rasa, "Ala biasalah ni. Nama pun sayang."

And perkara ni aku dah lama cakap dengan kawan aku ni. Dia pun, mula-mula malas nak dengar. Abaikan nasihat aku, nasihat member lain. Iyalah, kadang kita nampak yang berbeza jantina ni lebih ambil berat pasal kita, sedangkan yang sejantina ni ramai lagi yang sudi ambil berat sebenarnya.

Aku dan geng-geng RKS (Remaja Koya Sejati) ni pun basuh punya basuh budak sorang ni, akhirnya dia mengalah. Okay aku tahu sakit tu macam mana. Pedih. Yes. Lepaskan orang yang kita sayang, sebab nak tengok dia bahagia raih cinta Dia.

"Macam mana kalau aku bangun tidur, tak ada mesej dari dia? Kosong doh hidup."

"Kau mampu, insyaallah. First week mungkin susah sikit, lama-lama kau boleh."

"Tapi aku sayang gila kat dia. Aku sayang gila."

"Kalau sayang, mesti sanggup melepaskan, kan?"

"Kau bukan kat tempat aku, bolehlah cakap."

"Ya, memang aku bukan kat tempat kau. Tapi kau kena faham, aku tak sanggup tengok orang-orang yang aku sayang, tergelincir free-free je sebab syaitan."

"Kami bukan cakap benda lagha pun."

"Okay tak lagha. Tapi aku tahu, dalam solat kau, kau ingat dia, kan?"

"Mestilah ingat."

"Waktu study kau ingat dia kan?"

"Ya..."

"Waktu makan kau teringat conversation kau dengan dia, kan?"

"Hm."

"Sebelum tidur, kau mesej dia kan?"

".........."

"Bangun tidur, kau cari phone, check ada mesej dari dia tak, kan?"

"Hm."

"Kau buat apa pun kau ingat dia, kan?"

"Aku sayang dia!"

"Kalau sayang, kau mesti nak tengok dia ke syurga, kan?"

"Ya."

"Jadi kau kena lepaskan dia, atas dasar sayang kau pada dia, sayang kau pada agama, sayang kau pada yang ciptakan korang berdua. Lepaskan dia, boleh?"

Dia nangis. Untuk pertama kali, aku guna cara paksaan sampai orang menangis sepanjang lalui proses tarbiyah dakwah ni.

Aku minta maaf. Ini bukan sengaja. Aku sayang kau. Kami sayang kau. Macam mana kau sayang dia, aku nak kau tahu, kasih sayang Allah pada korang berdua, pada kita semua lebih luas daripada tu.

Itu antara satu scene dalam mem'basuh' member aku ni, dan aku tahu sampai sekarang dia masih susah nak melepaskan. Tapi dia minta aku buat entri ni. Supaya orang di sebelah sana juga faham situasi. Sebab dia tak ada kekuatan nak jelaskan sendiri. Hatta aku juga tak ada kekuatan tengok member aku yang kuat, yang jarang menangis, yang sentiasa nak menang, yang susah kalah, yang susah tundukkan ego, akhirnya terjatuh. 

Aku tak salahkan mana-mana pihak, aku salahkan diri aku. Diri aku yang tak cegah dari awal. Salahkan diri aku, yang biarkan semuanya berlarutan. Salahkan diri aku, sampai semuanya jadi makin payah untuk dilepaskan. Maafkan aku, kawan.

Untuk si mawar berduri yang aku hormati, ini pesanan dari dia untuk kamu. (Tapi dah dialih bahasa juga di edit sikit sebab ayat dia jiwang sangat. Nanti lain pula jadinya. Saya ambil part yang boleh dikongsikan secara umum saja.) 

Semoga dipinjamkan kekuatanNya dalam hatimu, untuk menjalani hari-hari dengan penuh keyakinan dan redha atas setiap yang berlaku.

Bukan tak sayang, jauh sekali membenci. Tapi perpisahan ini perlu, untuk aku dan kamu cari semula makna soleh dan solehah dalam diri.

Janji dengan saya, berpisah di dunia, bertemu di syurga.

Permintaan yang saya buat, bukan atas kerelaan diri. Tapi atas paksaan iman. Tak sanggup tengok orang yang saya sayang terus tertipu dengan hasutan syaitan.

Saya berdosa. Sebab saya, awak leka. Itu tak apa. Tapi saya taknak, awak berdosa sama.

Allah ciptakan pertemuan, kemudian Allah ajarkan saya banyak perkara.

After that Allah aturkan perpisahan. Untuk tengok sebenarnya siapa lebih kita utamakan. Dia atau dia?

I admit it, it isn't easy to let you go. But for His sake, untuk kebaikan kita, untuk kebaikan iman dan hati kita, untuk tak wujudkan fitnah kepada agama, saya minta. Lupakan saya selagi mana saya melalaikan awak.

Keep in touch dalam doa, okay?

Jumpa di syurga.

Jangan nangis-nangis, 

Allah uji kita dengan pertemuan, sekarang Allah uji kita dengan perpisahan. Bukankah hidup ni juga satu ujian? Untuk tengok sejauh mana kekuatan iman.

Semoga kuat. Allahu yubarik fik.

Assalamualaikum wbt.

I Love Hlovate

ANTHEM, HLOVATE


“Saya dalam gelap.
Dan salah siapa kalau saya tak nampak?
Kenapa orang keliling hanya pandai bising.
Tapi tak pandai menghulur tangan?

Sunnah Makan Kurma Dan Hikmahnya

Sunnah Makan Kurma Dan Hikmahnya


Kurma cukup sinonim dengan Ramadhan yang bakal kunjung tiba dalam beberapa hari lagi. Pada bulan inilah jualan buah kurma menjadi paling laku.

Tetapi tahukah anda kita tersilap jika hanya mengamalkan makan kurma ketika bulan puasa. Sepatutnya, kita perlu memastikan stok buah kurma sentiasa ada dalam rumah kita. Kenapa?

Sabda Rasulullah SAW Sebelum Tidur






Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya :
 “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara :
 1. Khatamkan Al-Quran,
2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat,
 3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan
 4. Kerjakan Haji dan Umrah